JADUAL WAKTU SEKOLAH

RinggitBuilder.Com

Pengenalan

RB Logo

Ramai guru-guru yang bertungkus lumus dan bercengkang mata untuk menyediakan jadual waktu mengajar untuk semua guru-guru disekolah mereka. Ianya sesuatu yang sangat mencabar kesabaran. Cubalah gunakan program JWS ini yang telah membantu ramai guru-guru di Malaysia meringankan tugas mereka menyediakan keseluruhan jadual waktu untuk sekolah mereka setiap tahun.

 

Apa Dia JWS?

Program Jadual Waktu Sekolah (JWS) ini adalah Microsoft Excel Workbook yang telah di programkan dengan sistem macro untuk dijadikan satu program yang dapat membantu menyusun jadual induk sekolah secara mudah dan teratur. Untuk menggunakan program ini, anda hanya memerlukan Microsoft Excel (Windows) didalam komputer anda. Mac OS (Macintosh/Apple) tidak sesuai digunakan kerana tidak support macros. Ianya tidak memerlukan Program Installation.

Dipasaran terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat jadual waktu sekolah. Tetapi kebanyakannya berharga beratus malah beribu ringgit. Berpatutan dengan harga, yang berbayar sudah tentunya canggih dan mempunyai berbagai fungsi. Disini, RinggitBuilder menyediakan dua jenis versi program, iaitu Versi Percuma dan Versi Berbayar.

Anda boleh menggunakan Versi Percuma secara PERCUMA. Ya percuma, namun ciri-cirinya agak terhad dan hanya sesuai untuk sekolah yang bersaiz kecil dan tiada banyak subjek yang bertindih/bergabung. Namun begitu versi percuma ini telah banyak dimanfaatkan oleh beratus guru-guru dan sekolah-sekolah diseluruh Malaysia semenjak tahun 2008 lagi.

Perinsip

Prinsip atau konsep yang digunakan ialah:
Murah, Mudah, Ringkas & Tepat.

Test Drive Dahulu

Jangan Membeli Sebelum Anda Test-Drive Dahulu...

Versi Test-Run yang boleh anda download dari website ini adalah berfungsi penuh 100%. Cuma anda tidak boleh menukar nama sekolah, meletakkan logo sekolah dan menukar tahun persekolahan sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan ianya sesuai dengan komputer dan kehendak anda. Anda digalakkan umtuk mengisikan data dan membuat pengaturan sebahagian atau sehingga selesai 100%. Apabila telah benar-benar berpuas hati dan serasi dengannya, barulah anda membuat pesanan untuk membelinya.

Mulakan dengan mengisi data sekolah anda didalam tab Data dahulu sebelum berpindah kepada tab-tab yang lain. Baca arahan mudah disebelah kanan halaman atau dalam tab Manual dan ikut step-by-step dan juga setiap arahan singkat yang akan terpapar pada setiap sel yang perlu diisi, InsyaAllah anda akan cepat faham.

Uji Komputer Anda Untuk JWS

Adakah komputer anda sesuai digunakan untuk program JWS ini?

Untuk memastikannya, sila muat turun program berikut (klik image berikut) dan buka dengan program Excel anda.
Jika program ini memaparkan message KOMPUTER ANDA SESUAI, maka komputer anda boleh digunakan utnuk JWS ini.

Computer Test

 

Cara Membuat Pesanan JWS

Anda boleh membuat pesanan pembelian JWS Berbayar dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1 :
Download fail JWS Berbayar dari web ini.

Langkah 2 :
Isi data dan cuba buat aturan sebenar untuk sekolah anda (sehingga siap).

Langkah 3 :
Bila OK & berpuas hati baru buat bayaran (sila contact saya).

Langkah 4 :
Emailkan fail yang telah anda siapkan (didalam Langkah 2).

Langkah 5 :
Emailkan nama dan logo sekolah anda.

Langkah 6 :
JWS yang anda telah siapkan akan diberikan nama sekolah & logo sekolah dan akan diemailkan kepada anda semula dalam masa 24 jam.

 

Hubungi Saya

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan dan cadangan sila hubungi saya dengan secara whatsapp atau email berikut:

HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
Klik disini sebelum anda meninggalkan web ini.

HP: 017-8828078
Email: ringgitbuilder@gmail.com
Website: http://www.ringgitbuilder.com

JWS Berbayar (JWS-Auto)

Versi Beta

Diatas permintaan ramai guru-guru pengguna JWS, RinggitBuilder telah dan sedang membangunkan program JWS-Auto. Versi JWS ini akan memudahkan guru-guru menyiapkan jadual waktu sekolah dalam masa yang lebih cepat.

Spesifikasi JWS Berbayar (JWS-Auto)

Spesifikasi
Kuantiti
Jumlah Guru
100
Jumlah Subjek
40
Jumlah Hari Dalam Seminggu
5
Jumlah Period Dalam Sehari
15
Jumlah Kelas
30

Data diatas adalah kuantiti maksima.

Ciri-Ciri Versi Berbayar (JWS-Auto)

JWS Versi Berbayar (JWS-Auto) akan mempunyai ciri-ciri seperti JWS Versi Berbayar (Aturan Manual) ditambah dengan ciri-ciri berikut:

Dapatkan JWS-Auto Sekarang !

Anda boleh mencuba JWS-Auto untuk mengatur waktu jadual sekolah anda, dan jika ianya sesuai anda boleh membeli dengan harga promosi (diskaun). Disamping menggunakan JWS-Auto ini juga anda boleh memberikan input dan komen kepada saya tentang apa-apa sahaja yang boleh menyumbang kepada penambahbaikan JWS-Auto ini.

Fail yang anda akan muat turun telah berisi dengan data sebagai sampel untuk anda terus melihat bagaimana pengaturan dibuat. Juga sebagai panduan bagaimana anda akan mengisi data untuk sekolah anda nanti.

Untuk mencuba JWS-Auto ini anda digalakkan untuk mengikut langkah-langkah berikut:

Cara Memuat Turun dan Mencuba JWS-Auto

  1. Muat-turun fail (klik ikon/image dibawah).
  2. Buka fail dengan menggunakan perisian Excel. Untuk pertama kali membuka fail ini bergantung kepada versi Excel anda, mungkin akan keluar satu atau dua pesanan amaran (security warning) oleh Excel. Klik butang Enable Editing dan/atau selepas itu Enable Content.
  3. Klik tab Manual dan baca arahan ringkas cara untuk menggunakan JWS-Auto sehingga selesai.
  4. Klik tab Auto.
  5. Untuk melihat bagaimana JWS-Auto ini membuat penyusunan, anda perlu memadamkan susuan contoh yag telah ada didalamnya dahulu. Klik butang PADAM SEMUA, tunggu sehingga selesai (perkataan TUNGGU hilang).
  6. Klik butang Langkah 1. Sistem akan mengatur subjek berkembar terlebih dahulu. Tunggu hingga selesai.
  7. Klik butang Langkah 2. Sistem akan mengatur subjek bukan berkembar yang berbaki. Tunggu hingga selesai.
  8. Anda boleh melihat susunan yang telah dibuat didalam tab-tab Jadual Guru dan Jadual Kelas.
  9. Jika ingin mencuba untuk data dan aturan sekolah anda, klik PADAM SEMUA untuk memadamkan aturan tadi dan ikut langkah-langkah didalam tab Manual.

Versi Beta ini mungkin masih mengambil masa untuk menyempurnakan aturan jadual dan tidak dapat mengatur aturan 100%. RinggitBuilder akan terus berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada untuk menambah-baik JWS-Auto ini dari masa kesemasa.

SELAMAT MENCUBA

JWS-AutoBeta-Version). Klik untuk download (muat turun)
JWS-Auto (Beta Version)
(100% Berfungsi Penuh)

 

Contoh Paparan JWS

Ruangan Memasukkan Data Ruangan Memasukkan Data Ruangan Untuk Menyusun Jadual Harian
Jadual Keseluruhan Guru Jadual Keseluruhan Tahunan Statistik & Status Guru
Jadual Waktu Guru Individu Jadual Waktu Kelas Mengatur Guru Relief
Pengaturan 2 Subjek/Guru Bertindih Dalam Satu Period Paparan Data Guru Relief Contoh Relief Print Out